Siapa Saya?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih diucapkan kerana sudi melawat blog saya.

Nama diberi Suhaimi Bin Isa, lebih dikenali di kalangan kawan-kawan sebagai kimi. Kerjaya sekarang guru sekolah rendah. Membuat kerja Part-Time menjual barangan fizikal di Ebay. Graduated dari Universiti Malaya dalam bidang Sains Sukan-Fisiologi Eksesais. Blog ini diwujudkan sebagai wadah perhubungan saya dan rakan-rakan online sekalian. Pengalaman saya dalam perniagaan bermula sejak dari umur 16 tahun lagi. Ketika itu saya membantu ibu bapa saya berniaga pasar malam dan pasar tadi sekitar Melaka dan Tangkak.

Ketika berumur 18 tahun, saya didedahkan pula dengan Jualan Langsung semasa menuntut di UTM Skudai. Bermacam-macam syarikat saya join tetapi tiada satu pun yang serasi. Kerana saya bukan jenis orang yang suka berkerja secara kumpulan. Saya lebih senang membuat kerja secara individu. Akhir tahun 2005, saya terjebak dalam skim SwissCash. Alhamdulillah, tak rugi walaupun sekadar balik modal, akhir tahun 2006 saya mencuba membuat duit melalui FOREX. Boleh dikatakan berjaya sehinggakan segala hutang piutang dapat saya bayar. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Akhir 2007 saya kerugian sebanyak RM 50K hanya dalam masa 2 minggu bermain FOREX. Sejak dari itu saya cuba mencari perniagaan lain yang risiko lebih rendah tetapi pulangan lumayan. Akhirnya saya telah berjumpa dengan EBAY! saya bermula dengan dropshipping artsnow sebelum berpindah menjual produk fizikal. Berbagai pengalaman saya telah tempuhi sejak bergelumang dengan ebay. akaun suspended dah banyak kali. paypal limited 180 hari pun pernah kena. tetapi semua tu tak mematahkan semangat saya untuk build up bisnes dengan Ebay.

Akhir kata dari saya, beristiqamah la dalam segala hal..

Cikgu Suhaimi

  • Chat With Me