Zakat Fitrah..
ZAKAT FITRAH
Menunaikan zakat fitrah dengan wang fiat ??????
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah Yang Berubah Mengikut Zaman
Tuan Guru Haji Salleh Musa Sik Kedah saran kembali guna beras sebagai zakat fitrah :

Tan Guru Hj Salleh Musa
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. berkata : Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah dari bulan Ramadhan satu sha’ dari kurma, atau satu sha’ dari sya’iir. atas seorang hamba, seorang merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslilmin. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim)
Diriwayatkan dari Umar bin Nafi’ dari ayahnya dari Ibnu Umar ia berkata ; Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah satu sha’ dari kurma atau satu sha’ dari sya’iir atas seorang hamba, merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslimin dan beliau memerintahkan agar di tunaikan / dikeluarkan sebelum manusia keluar untuk shalat ‘ied. (H. R : Al-Bukhary, Abu Daud dan Nasa’i)
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata : Rasulullah saw telah memfardhukan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang shaum dari perbuatan sia-sia dan dari perkataan keji dan untuk memberi makan orang miskin. Barang siapa yang mengeluarkannya sebelum shalat, maka ia berarti zakat yang di terima dan barang siapa yang mengeluarkannya sesudah shalat ‘ied, maka itu berarti shadaqah seperti shadaqah biasa (bukan zakat fitrah). (H.R : Abu Daud, Ibnu Majah dan Daaruquthni)
Diriwayatkan dari Hisyam bin urwah dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. bersabda : Tangan di atas (memberi dan menolong) lebih baik daripada tangan di bawah (meminta-minta), mulailah orang yang menjadi tanggunganmu (keluarga dll) dan sebaik-baik shadaqah adalah yang di keluarkan dari kelebihan kekayaan (yang di perlukan oleh keluarga) (H.R : Al-Bukhary dan Ahmad)
Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata : Rasulullah Saw. memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah unutk anak kecil, orang dewasa, orang merdeka dan hamba sahaya dari orang yang kamu sediakan makanan mereka (tanggunganmu). (H.R : Daaruquthni, hadits hasan)
Pihak pemerintah disaran mengembalikan kaedah pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan beras sebagaimana ajaran Mazhab Syafie yang menjadi pegangan di negara ini.
Demikian saranan yang dilontarkan Mudir Madrasah ar-Rahmaniah, Tuan Guru Salleh Musa . Katanya, kaedah pembayaran yang diamalkan kini iaitu menggunakan wang tidak sah dan tidak memadai.
Jelasnya, sebagaimana yang terdapat dalam kitab-kitab fekah Mazhab Syafie, zakat fitrah mestilah ditunaikan dengan memberi fakir miskin makanan yang mengenyangkan dan afdal pemberi sendiri memberi kepada penerima.
“Mesti bagi beras, beras itupun tidak boleh berubah, mesti bagi biji beras. Apatah lagi duit.

Gembiranya sifakir miskin menerima zakat beras buat dimasak untuk makan bersama keluarga
Tegasnya, pembayaran menggunakan harga beras yakni menggunakan wang tidak ada dalam Mazhab Syafie.
Tanpa menafikan kaedah itu terdapat dalam mazhab lain, beliau yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah mempersoalkan tindakan beralih dan berpindah mazhab itu.
Oleh itu, beliau melahirkan harapan agar kaedah pembayaran mengikut Mazhab Syafie itu diamalkan semula setidak-tidaknya di negeri Kedah yang kini diterajui oleh PAS.
“Satu lagi zakat fitrah ini, ia masuk dalam zakat amwalul batinah. Zakat ini ada dua, satu amwalul zahirah, satu lagi amwalul batinah. Amwalul zahirah ini macam zakat padi, zakat perniagaan….itu bolehlah kerajaan nak ambil.
“Zakat amwalul batinah, afdal tuannya itu beri sendiri. Jadi kalau ikut pandangan mazhab kita tidak memadailah, tidak sah,” ujarnya melanjutkan hujah.
Beliau turut menyeru agar setiap sumbangan atau zakat diberikan kepada fakir miskin dari kalangan ahli khair (ahli kebajikan).
“Fakir miskin ini banyak, bukan semua serupa. Kita kena cari ahli khair, bagi bantuan kepada mereka besar pahalanya.
“Kerana ada fakir miskin yang tidak bersolat, tidak menunaikan puasa malah ada yang terlibat dengan penagihan dadah, itu bukan ahli khair,” terangnya.
Pun begitu jelas beliau, pemberian kepada fakir miskin bukan dari kalangan ahli khair tidaklah menjadi satu kesalahan.
“Bagi boleh tapi kurang afdallah, pahalanya tidak banyak mana. Jika beri pada fakir miskin ahli khair memang kenalah. Jadi fakir miskin ini pun kena pilih (untuk beri),” ujar beliau.
Pendapat ulamak tentang zakat fitrah :
1.Menurut jumhur ulamak (Imam Syafi’ie, Malik dan Ahmad); Zakat fitrah wajib dikeluarkan dalam bentuk makanan (yakni makanan asasi penduduk setempat). Tidak harus dikeluarkan dengan wang sekalipun menyamai harga/nilai makanan yang wajib dikeluarkan zakat. Alasan mereka ialah; mengeluarkan zakat fitrah dengan selain dari makanan asasi setempat adalah bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w..
2. Menurut Imam Abu Hanifah; harus mengeluar zakat fitrah dengan wang yang seharga/senilai dengan makanan yang wajib dikeluarkan zakat. Menurut mereka; zakat fitrah adalah hak fakir-miskin. Untuk memenuhi hajat mereka boleh dengan makanan dan boleh juga dengan wang. Tidak ada beza antara kedua-duanya. Barangkali mengeluarkan dengan wang adalah lebih baik kerana dengan wang memudahkan orang fakir membeli apa sahaja barang keperluan yang mereka kehendaki (makanan, pakaian, daging, lauk-pauk dan sebagainya). Pandangan sebagaimana Abu Hanifah ini diriwayatkan juga dari Umar Abdul Aziz, al-Hasan dan as-Sauri.
3. Menurut Imam Ishaq dan Abu Tsur; mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai (wang) hanya harus ketika darurat sahaja.
Ulamak-ulamak semasa hari ini ( muasirah ) ramai yang menyetujui pandangan Imam Abu Hanifah termasuk Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab Fiqh Zakatnya. Menurut beliau; keharusan mengeluarkan zakat dengan wang lebih menepati kehendak semasa dan memberi kemudahan kepada fakir miskin.[1] Begitu juga dengan Dr. Mutafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha yang menjelaskan dalam kitab mereka al-Fiqh al-Manhaji (sebuah kitab Fiqh mazhab Syafi’ie kontemporari/moden ); “Tidak mengapa pada zaman ini untuk kita mengikuti pandangan mazhab Hanafi dalam masalah ini iaitu keharusan membayar zakat fitrah dengan nilai wang kerana ia lebih mendatangkan manfaat kepada orang fakir dan lebih dekat kepada tujuan yang ingin dicapai…”.
Sekali kita berdepan dengan persoalan wang. Adakah wang yang dimaksudkan oleh Imam Abu Hanifah itu wang fiat atau wang dirham ??? Bolehkah zakat fitrah dibayar dengan nilai fulus atau nilai nuqud ( wang emas atau wang perak ).
Tanya Jawab Fatwa-Fatwa Al-Utsaimin, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, hal. 174-179. terbitan Gema Risalah Press,alih bahasa Prof.Drs.KH.Masdar Helmy
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Sebahagian orang desa tidak punya makanan untuk zakat fithri, maka bolehkan mereka menyembelih binatang lalu dibagikan dagingnya kepada para fakir .?
Jawaban.
Hal seperti itu tidak boleh dilakukan, sebab Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, telah menetapkan bahwa zakat fithri harus berupa satu sha’ makanan. Biasanya daging itu ditimbang, sedang makanan di takar. Perhatikan hadits yang diterangkan oleh Ibnu Umar dan Said al-Khudry sebelumnya.
Dengan demikian, pendapat terkuat menyatakan bahwa zakat fithri tidak boleh dipenuhi dengan wang dirham, pakaian atau hamparan. Juga tidak boleh dijadikan dasar hukum adanya pendapat yang menyatakan bahwa zakat fithri boleh dipenuhi dengan wang. Sebab selama kita punya ketetapan pasti dari Rasul Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka sepeninggalannya, seseorang tidak diperkenankan berpendapat lain menurut anggapan baik akalnya dan membatalkan aturan syara’nya. Allah tidak akan menanyakan kepada kita tentang pendapat si fulan dan si fulan pada hari kiamat, tetapi kita akan ditanya tentang sabda Rasul-Nya :
“Artinya : Dan (ingatlah) hari (di waktu) Allah menyeru mereka, seraya
berkata : ‘Apakah jawabanmu kepada para rasul ?”. [Al-Qashash : 65).
Cuba bayangkan dirimu di hadapan Allah pada hari kiamat, di mana Allah telah menetapkan melalui sabda Rasul-Nya agar kamu menunaikan zakat fithri berupa makanan, maka mungkinkah kamu bisa menjawab ketika ditanya : “Apa jawabanmu terhadap Rasulullah tentang zakat fithri ? Mungkinkah kamu dapat mempertahankan dirimu dan berkata : “Demi Allah inilah madzhab si fulan dan inilah pendapat si fulan ? Tentu kamu tak akan berdaya dan tak bermanfaat jawaban seperti itu.
Yang pasti zakat fithri hanya dapat dipenuhi dengan berupa makanan yang berlaku di suatu negeri.
Jika kamu perhatikan pendapat ulama dalam masalah ini terbagi kedalam tiga kelompok. Pertama berpendapat bahwa zakat fithri bisa dikeluarkan berupa makanan dan berupa uang dirham. Kedua berpendapat bahwa zakat fithri tidak bisa dikeluarkan berupa uang dan tidak pula berupa makanan kecuali dalam lima macam ; padi, kurma, gandum, zabib dan buah aqah. Kedua pendapat ini saling berlawanan. Ketiga pendapat yang menyatakan bahwa zakat fithri bisa dikeluarkan dari segala makanan yang bisa dimakan orang, baik berupa beras, kurma, pisang, cengkeh, jagung bahkan daging bila memang sebagai makanan pokok. Dengan demikian, jelas apa yang ditanyakan oleh penanya tentang penduduk suatu kampung yang berzakat fithri dengan daging, tidaklah memenuhi syarat.
Demikian pendapat Syaikh Muhammad Shalih Al Utsaimin
Pengalaman saya di sebuah Masjid di Kedah :
Masjid mengutip zakat dalam RM tetapi mengutip sumbangan untuk diedarkan kepada fakir miskin dalam beras. ” Program sekampit beras “. Segalanya sudah terbalik. Sepatutnya zakat dalam beras , sumbangan dalam RM. Maka bertimbunlah orang ramai menyumbang beras kepada masjid untuk diedarkan kepada fakir miskin. Alasan tidak mahu beras dalam zakat fitrah kerana menyusahkan sudah tidak relevan. Masyarakat sebenarnya mampu mengagihkan sendiri beras zakat fitrah mereka dan mengikut mazhab Shafie lebih afdal beri sendiri.
Saya pernah diperli oleh orang yang nampak a’lim : ” Zaman sekarang ada lagi orang bayar zakat dengan beras !!!!!!!
Fikirkan semula ketika hendak membayar zakat dalam wang fiat ………. adakah menggunakan wang fiat halal untuk membayar zakat halal ….
Kalau kita dah tahu wang fiat itu riba kan molek bayar zakat dengan beras. Moga – moga Allah menerima ibadat zakat kita. Amiiiiin.
Saya sendiri tidak pernah bayar zakat fitrah dalam wang fiat cuma dengan beras sahaja , tak susah pun nak ikut sunnah …..
SUMBER: http://www.dirham2dinar.com/










Fikirkan semula ketika hendak membayar zakat dalam wang fiat ………. adakah menggunakan wang fiat halal untuk membayar zakat halal ….
Kalau kita dah tahu wang fiat itu riba kan molek bayar zakat dengan beras. Moga – moga Allah menerima ibadat zakat kita. Amiiiiin.
___________________________________
Dah tu , beli beras tu tetap guna duit juga….duit yang digunakan beli beras tu tetap duit riba juga kalau memang ia duit riba…..
Apa yang jelas , perkara tersebut ialah perkara khlifiah dan khilaf ini adalah khilaf muktabar dan masyhur…..
Perkara khilaf , tak boleh senang-senang nak kata zakat tu tak sah atau tak memadai….Berapa banyak Ulama malah Majlis Fiqh Sedunia juga ada mengeluarkan fatwa bahawa dibolehkan membayar zakat menggunakan wang….
Oleh itu , berlapang dadalah terhadap perkara2 khilafiah….
WA