Mulanya Kehidupan sebagai Guru Pelatih..

hakim

Alhamdullillah… syukur.. Aku antara 2400 orang yang terpilih mengikuti kursus KPLI(Pendidikan Jasmani) ambilan JUN 2009 daripada 68 ribu permohonan daripada seluruh negara.. Ini merupakan permohonan pertama aku untuk KPLI. Alhamdullillah rezeki anak. Dan aku telah ditempatkan di IPGM, Kampus Pendidikan Islam Selangor. Hoho.. lepas ni korang dah boleh panggil aku ustaz Cikgu Suhaimi.

Minggu2 orientasi ni mmg sibuk. Bayangkan.. keputusan kemasukkan 17 JUN, lapor diri 22 JUN.. dalam masa 4 hari nak prepare semua.. belum masuk Maktab dah kena traning.. hehe..(seorang guru harus membuat keputusan dan persediaan dalam masa yang singkat)..

Classmate aku sepatutnya 22 orang.. tetapi ada yang tidak melapor diri, maka tinggal 16 orang je.. 6 orang yang tak lapor diri tu, bagi aku jenis orang yang tak tau bersyukur.. kalau awal2 taknak.. jangan hadir temuduga.. bagi peluang untuk orang lain.. kesian pada mereka yang betul betul berminat nak jadi seorang guru (macam aku.. hoho)

Apapun, aku jugak nak mengucapkan tahniah kepada mereka mereka yang dapat KPLI atau DPLI. Betulkan niat anda. Jangan kerana dah takde keje, baru masuk KPLI or DPLI.. tetapkan niat anda untuk menjadi seorang CIKGU.

Terima kasih juga yang tak terhingga kepada Puan Zahrah Binti Muhaimin (Isteri aku le).. kerana banyak membantu suamimu ini dalam segala hal. Hanya ALLAH sahaja dapat membalasnya. Tak lupa juga pada Mak yang banyak menolong dari sejak lahir ni sampai le Mak dah ada cucu.. Moga2 semuanya sejahtera, dirahmati ALLAH untuk selama lamanya. Ameen..

dsc01661

Hakim dah makin comel.. huhu.. tak sabar Abah nak balik jumpa Hakim.. Abah sayang Hakim..

Related Posts with Thumbnails

Filed Under: Uncategorized

Tags:

About the Author:

RSSComments (2)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. mama says:

    emm alhamdulillah dpt gak capai cita-cita….kawan x lepas interview dpli…frust tertongeng gak lah…..emmmm gstt pun mcm nak tak nak je skang,,,sekolah byk birokrasi yg pandai bodek sering diutamakan….bosan nyer hidup!

  2. kimi says:

    try tanya GSTT pasir gudang. mmg banyak nak pakai.. kat sekolah aku mengajar dulu.. lagi 10 cikgu nak pakai..

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.