Anda ialah siapa di sekeliling anda

law20of20attraction

Tahun lepas, dalam satu perbincangan yang berkaitan dengan Law of Attraction, seorang pelajar saya berkata, “Ibu saya memberitahu saya bahawa orang yang kita benci tu sama seperti diri kita. Betulkah?”

Terus terang, saya memang tidak tahu jawapannya pada masa itu. Ini merupakan kali pertama saya mendengarnya.

Agak sukar bagi saya untuk menerima kenyataan itu pada mulanya dan saya tidak dapat mengaitkannya dengan Law of Attraction. Dalam fikiran saya, jika semua orang sama dengan orang-orang yang dibencinya, maka kelam kabutlah dunia ini.

Akan tetapi, kata-katanya asyik bermain-main dalam kepala saya. Saya asyik bertanya kepada diri sendiri, apakah logik di sebalik kata-katanya. Kepala saya tidak putus-putus untuk mencari jawapannya.

Akhirnya, jawapan kepada persoalan itu timbul. Akhirnya aku faham. Aku telah benar-benar faham. Apa yang diperkatakan oleh pelajar saya itu tidak salah. Cuma tidak lengkap.

“Orang-orang di sekeliling anda merupakan pantulan daripada diri anda” – Raymond Chua

Bayangkan orang-orang di sekeliling anda sebagai cermin-cermin yang memantulkan diri anda. Apabila anda melihat orang lain, anda sebenarnya melihat imej pantulan diri anda.

Jika ada orang yang baik-baik dan juga yang kurang baik dalam diri anda, ini mencerminkan diri anda yang baik dari sesetengah aspek dan kurang baik dalam aspek yang lain.

Jika anda ialah seorang yang peramah tetapi kadang-kadang panas baran, anda akan menarik orang yang peramah dan juga orang yang panas baran ke dalam kehidupan anda.

Jika anda suka memperalatkan orang lain atau asyik mengharapkan orang lain untuk membuat sesuatu kepada anda secara percuma, anda akan menarik orang sedemikian ke dalam hidup anda.

Oh, satu lagi perkara yang penting, jika anda ialah seorang yang suka bergosip, janagan bersedih apabila mendengar orang lain bergosip tentang anda. Anda yang menariknya.

Jika anda suka menolong orang lain dan suka berkongsi ilmu, anda akan menarik orang-orang yang suka menolong dan berkongsi ilmu ke dalam hidup anda.

Jadi, lain kali apabila anda benci seseorang, analisalah diri anda sendiri.

Saya telah mengkaji perangai orang-orang di sekeliling saya, khasnya anak murid saya dan apa yang saya lihat adalah saya sendiri.

Saya ada anak murid yang bijak, gila-gila bahasa, nakal, suka muzik, dan lain-lain. Semua ini mencerminkan diri saya sendiri.

Salam artikel yang akan datang, saya akan menerangkan lebih lanjut tentang konsep ini dan bagaimana anda boleh menggunakan teknik ini untuk mencipta hidup anda.

credit to raymond chua-artikel from www.linncomel.com

Related Posts with Thumbnails

Filed Under: Pengurusan & Motivasi

Tags:

About the Author:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.