Gaji GSTT
By kimi on Jun 02, 2009 with Comments 53
post ini adalah untuk meluahkan ketidakpuasan hati aku terhadap layanan yang diberikan kepada guru GSTT..(Guru Sandaran Tidak Terlatih).. walaupun kami hanyalah guru GSTT, beban kerja kami sama sahaja dengan guru tetap.. tetapi kenapa kebajikan kami (GAJI) selalu adalah masalah.. lambat la… cek takde la.. macam2 alasan..Gaji yang sepatutnya dapat semalam, masih lagi tiada.. orang lain dah dapat (guru GSTT gak) tapi kenapa aku dengan 2,3 orang lagi takde? ini dah mencabar had kesabaran aku ni..!
takkan nak gali lubang tutup lubang je..kerani kewangan ni lambat@lembab buat kerja!
Filed Under: Uncategorized
About the Author:











Mungkin GSTT yang ditempatkan di kawasan pedalaman yang kemajuan ICTnya masih boleh diperolehi, bagaimana pula jika anda ditempatkan di kawasan pedalaman/pulau di sekitar Sabah yang langsung tidak ada apa2 kemudahan canggih. Hanya sekadar mengharapkan sistem solar, air sungai/air laut, tanpa capaian internet&telefon, apa lagi broadband..umpama katak yang masuk tempurung kelapa…?? Jika sekadar kesukaran jalan yang dilalui sepanjang lebih 5 hingga 8jam untuk sampai ke sekolah pedalaman hanya dipandang sebagai warming up sahaja, fikirlah bagaimana melalui hari dalam sebulan tanpa khabar luar..Mungkin bagi yang benar-benar terpahat kesungguhan untuk menjadi Guru di hati, semua itu bukan halangan tetapi cabaran. Jadi jika benar kita semua yang ada di sini benar-benar ingin mengabdikan diri sebagai seorang Guru, jangan jadikan semua itu sebagai alasan.
Salam semua,
Tahniah kerana anda semua berminat untuk menjadi guru walaupun hanya GSTT sahaja. Apa yang penting adalah niat di hati dan keikhlasan untuk mencurah ilmu kepada anak-anak bangsa. Tapi jangan lupa, jangan jadikan profesion perguruan sebagai BATU LONCATAN semata-mata kerana anda tidak mendapat tawaran kerja yang lain atau juga kerana anda fikir kerja guru itu mudah. Atau kerana gaji lumayan yang ditawarkan. Setiap saat anda berada dalam kelas adalah merupakan setiap sen gaji yang dibayar kepada anda. Jika anda tidak mengajar bersungguh-sungguh, di kemudian hari kelak anda akan disoal. Saya bukan hendak menakut-nakutkan anda, tetapi fikirlah betul-betul sama ada anda betul-betul sesuai utk menjadi GSTT/Guru.
Untuk pengetahuan, saya baru sahaja meletakkan jawatan sebagai Guru Bahasa Inggeris DG44 di sebuah sekolah menengah di Perak bulan April 2010 selepas 14 tahun mencurahkan bakti dengan gaji hampir mencecah 5k. Cabaran dan dugaan Guru di zaman ini terlalu berat. Lagipun banyak perkara di institusi perguruan ini yang telah mengecewakan saya, tidak perlulah saya jelaskan di sini.
Cuma nasihat saya pada anda semua, jadilah guru yang betul-betul ikhlas hendak membantu anak bangsa, bukan gaji lumayan yang menjadi penyebab utama anda ingin menjadi guru.
Akhir kata, maafkan saya sekiranya entri ini mengguris hati sesiapa sahaja. Tujuan saya bukan untuk menyakitkan hati tetapi sekadar memberi nasihat dan peringatan.
assalamualaikum…
saya sebenarnye bersetuju dengan kak izan dalam komen2 diatas.saya pun penah jadi gstt.saya dah dua tahun lebih mengajar.last2 kontrak kene tamat mcm tu jek padahal org lain dapat sambung kontrak tanpa temuduga pun.nasib la bukan saya sorang ader la 2 3 org jgk yg senasib.bile tanye ppd nak tau ape die org cakap. smue sekolah dah penuh.tapi bile siasat sikit lepas 8 bulan masih ramai lagi gstt yang masuk.senang citer lepaskan kroni dulu(harap faham). senang cite kepada sesape yang nak jd gstt tu baik pikir dulu betul2.keje ni kontrak je.kite tak de hak ape2 pun.nak bersuara karang tak pasal2 kene buang.kalau betul nak jadi guru mohon la kpli or dpli.tu je yang terbaik.mcm2 pengalaman dah saya tempuh.kalau setakat kene sisihkan tu standard la jadi gstt ni. majoriti(bukan semua ok) guru-guru yg tetap ni akan pandang serong pada gstt walhal kadang-kadang dieorg pun bukan bagus sangat kuat mengampu je.buat keje pun lebih kurang.kepada yang cakap gaji gstt RM 2500 tu saya nak betulkan balik.bukan 2500 tapi 1901.80 je campur elaun tolak balik kwsp dapat la dalam 2000++.allhamdullillah..ok la tu…nama pun kontrak..lagi satu untuk gstt tidak dipanggil gaji tetapi cume dipanggil “elaun”. that mean gstt tidak layak untuk menerima kenaikkan gaji walaupun suatu masa dulu mmg layak.
oleh yang demikian berfikir dulu sebelum buat sesuatu keputusan. saya rase cara kak izan tu memang baik. jangan harap sangat pada gstt.buruk padahnya nanti.tgk la apa jadi pada saya.buat keje ikhlas mcm mane pun, buat keje banyak mane pun tetap kene buang..sebab anda hanyalah GSTT dan bertaraf kontrak sahaja(maknanya kepada kaum lelaki yang dah berkahwin diharap jangan la memperjudikan masa depan keluarga anda)..bukan tak boleh nak jadi gstt tapi biar sentiasa berhati-hati dan sediakan back up plan sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku..ok selamat mencuba………………(2 tahun lebih yang memenatkan umpama duduk dalam penjara dan jadi hamba tebusan..akhirnye aku bebas…hahahahahahahaha…walau apa pun nice to be a teacher…tapi ingat ilmu bukan diperolehi hanya di sekolah sahaja, dimana-mana sahaja boleh menuntut ilmu dan sesiapa sahaja boleh menjadi guru sebab guru ialah orang yang memberikan ilmu.)